Sunday, September 02, 2012

puak pelampau

entah berapa kali aku cuba mencari jawapan
jawapan bagi soalan yang tertanya tatkala visual iris menangkap minda
soalan 'mengapa,untuk apa,' dengan perilaku berlaku
dan setiap kalinya akan mengheret aku mengelamun akal jauh tika lidah petah berbicara..
yang pokoknya tidak ketara terlihat diwajah marhaen.

kenapa dia dan dia saling bermusuh mencari satu titik kelemahan ; salah
dan kenapa pula mereka dan mereka pula saling berbicara mencari piala ; kalah

ok.Senario yang aku sering perhatikan lewat ini,senario dimana plot lebih kurang sama setiap petak filem dunia,dari masa ke masa ;pelakonnya manusia.Dengan sifat saling membenci dan saling mencari salah seteru,aku lihat anak nusantara;Malaysia ini semakin agresif membenci.semakin agresif mencaci sesama.Bukan maksud aku cuma bangsa melayu,yang aku maksudkan serata malaysia.Tapi sayang,ramainya anak melayu yang aku perhatikan dari pandangan visual mata yang semakin kuat menabur fitnah auta atau mungkin juga fakta demi memburukkan seteru mereka.Dengan yang sebelah sana berkuasa menguasai medium yang besar dan lebih dekat ; yakni television ,suratkhabar atau siaran radio mereka semakin rancak memanipulasi sebarang jenis acara dan kata demi kepentingan perut sendiri.Resah mungkin.Rumah mereka semakin goyah kayu jati dimamah janji tiang tidak lagi kukuh berdiri.Tidak kurang hebat dengan medium bebas sosial ; facebook,twitter dll media sosial yang ligat beraksi demi kepuasan belia sendiri,golongan sebelah situ juga menggunakan dan memanfaatkan sebaiknya medium itu untuk memburukkan dan mencaci maki seteru mereka.Semua saling memusuhi,saling berebut takhta menjadi pemerintah,mengimpikan menakluk sebidang tanah sekangkang kera untuk berada diatas.Dengan alasan dan musabab tersendiri,mereka semua menyebar propaganda sendiri dan dengan penyokong yang dimanipulasi secara tidak langsung menjadi pekerja sukarela menyebarkan propaganda bakal pemimpin mereka.Mereka ikhlas menyebar propaganda bakal pemimpin yang mereka agungkan dengan harapan orang yang disanjung mereka boleh memimpin dan menakluk negara ini lagi ; baca - Malaysia.

Dan aku pula semakin gelisah,lebih gelisah dari mereka yang bakal bertanding merebut takhta itu.
Aku gelisah kerana aku takut.Pepatah melayu "kera kena belacan" tepat titik tengah mengena situasi aku.
Bukan aku yang mengmpikan takhta itu,tapi aku takut dengan mentaliti rakan semua rakyat malaysia.Mudah nya mereka saling mencaci yang tidak sealiran dengan mereka.Mudahnya mereka membenci,menjadi kuli menabur fitnah.Mudahnya akal mereka terpengaruh dengan beberapa ucapan dari calon.Dengan cuma sedikit taburan budi,sesuap janji manis dan tidak lupa sampul berisi not.Masing-masing dengan alternatif dan cara tersendiri mengumpan rakyat,membodohkan rakyat.Mereka golongan bijak pandai pasti tahu kelemahan setiap warga dengan cuma melihat dari beberapa sudut pemikiran,pasti mereka tahu apa yang diperlukan warga yang menodai tanah malaysia ini.Yang kesempitan uwang diposkan sampul,yang berdarah panas di curahkan gasolin.Yang berfikiran luas pula dimomokkan ilmu seluas alam yang secara tidak sedar nya ilmu itu berpusing semula ketitik mula ia.
Jadi.?? rakyat tetap dibodohi! rakyat dikotak katikkan dengan nafsu mereka yang bermimpi.
sampai bila.?? sampai bila kita harus merana menanti setiap lima tahun untuk mencuba berlumba?
sampai bila kita mahu menelan janji,mendengar madah,melihat korup selama separuh dekad.?
kiri.kanan.atas.bawah. semua cuma penjuru dengan nama yang lain bagi setiap yang berada dipenjuru yang berbeda.
Cuba kita berada dipenjuru yang sebelum ini disebut kanan,yang kiri sebelum ini pasti menjadi penjuru 'atas' pula.Nah! jadi penjuru mana yang benar benar statik dan tidak akan berubah dari perspektif dan persepsi kita andai kata kita berubah penjuru.?
Aku cuma mahukan kita untuk lebih matang dan lebih berfikir.Pilihan tidak cuma kiri atau kanan.Tidak juga atas atau bawah..bumi ini sfera,yang pastinya sfera tidak mempunyai penjuru.Jadi kenapa harus kita memilih untuk berada dipenjuru yang hujungnya jalan mati dan menghentikan akal untuk terus maju bergerak kehadapan.?
Apa guna kalau berganti penakluk dengan nama baru kalau masih lagi berharap.Apa guna mempunyai penakluk yang memang sudah terang tak boleh diharap.
Mereka semua sama.Kita yang menodai tanah ini!kita yang harus bertanggungjawab!bukan menyerahkan kepada mereka untuk bertanggungjawab dan kita berpuashati dengan kambing hitam pilihan kita.
Ayuh! wujudkan sifat tanggungjawab itu dari diri,dan kita terus bertanggungjawab memelihara tanah yang kita noda selama berlangkah dengan nafas nafsu nafsi ; sendiri.
Kita semua bertanggungjawab menjadi penakluk!bukan menyerahkan tanggungjawab kepada sang kambing hitam yang bijak menabur janji tapi bodoh menerajui.
Kita! kita! kita! sedarlah anak nusantara!

No comments: