Wednesday, August 22, 2012

cerita raya ; cerita tentang hantu raya

seakan dalam tempoh seminit sesudah sang jantan puas mengharungi nikmat di ranjang
begitulah engkau lega terasa nikmat berapa hari melayan nafsu beraya
perayaan eidul fitrh atau lebih mudah dengan kata 'kembali ke fitrah'
jadinya itulah fitrah kalian.,sememang nya kita semua bernafsu dan menurut cuma

'be yourself' juga escapism bagi mereka yang bagi aku tak layak hidup bersama yang lain
pentingkan diri dan ego yang melambung tinggi setinggi harga saham syarikat hartanah Johor
rangkap pertama yang memerangkat kata juga mencerminkan segala disini yang keliru
fitrah.sememang nya fitrah kita.jadi nya kita mampu melihat dan meneka siapakah diri mereka yang ber'be yourself' sangat melepaskan diri itu...aku sudah.kalian bagai mana.?

setiap satu yang baru mengajar aku tentang segala nya dalam kehidupan
dan itu lebih membuka minda dan jalan fikiran aku yang hobi nya mengelamun memikir
setiap fikiran bercabang dan berselirat..ah! semak! "cuba lah kemas sikit bilik kau ni" tegur ibu
baiklah.bilik dah dikemas.otak dan fikiran pulak.? pejam mata.tidur.bukan solusi.itu pengecut!
nah! aku dah jumpa jawapan 'mengapa' aku susah melelapkan mata.

bersengkang mata memerah otak melancap minda.kasihan dengan jasad dan roh amanah Ilahi ini
jadi aku harus juga tidur dan berehat.fikirkan yang penting cuma baru lah aman dan kemas akalnya
jadi aku harus kembali kepada fitrah.fitrahnya setiap manusia yang tercipta dengan kehendakNya
haruslah berehat dan menjaga jasad dan rohaniah amanah Nya ini agar sentiasa terbela HAK nya

jadi,kembalilah kepada fitrahnya insani.
selamat menyambut hari kembali ke fitrah manusia.fitrah yang telah ditetapkan untuk dituruti.
bukan fitrah yang ditetapkan oleh nafsu hati dan naluri keji.
selamat hari raya maaf zahir dan batin sekalian manusia setiap agama seluruh dunia segenap penjuru alam.ikhlas dari saya hamba Nya yang kacak.alhamdulillah


** cukuplah empat (4) rangkap kata karut untuk memuaskan nafsu membebel aku ni..masih relevan atau tidak lagi aku update pasal raya pada malam raya ke-3 bagi kalian ni.? :D

No comments: