Wednesday, January 12, 2011

aku punk (part 1)

assalamu'alaikum dan salam sejahtera.(persis si pembaca berita)
diharapkan kalian sihat sentiasa hai sahabat :)
ape mahu dikatakan kali ini pula yea?
masih juga seperti yang lalu.masih tergantung dengan situasi yang amat bosan untuk diutarakan juga diselatankan.namun punca untuk situasi aku yang sperti masa lalu pada masa ini tidaklah kerana masalah yang sama * tanpa objek dan subjek namun hanya kerana aku didalam kalangan yang ramai.ramai kenapa?kerana disini tempat mereka berhibur.ada juga yang kehadirannya untuk melawat.tidak kurang juga yang hanya sekadar menjadikan pusat hiburan terkawal atau sederhana ini satu port untuk bersama rakan taulan mereka.
okeh!
sudah siap aku menulis.tiba masa melakar lukisan abjad ini sebelum imaginasi itu hilang bersama bunyian bising disekeliling.sekali lagi terlupa kerana alpa,aku nyatakan disini punca yang membuat aku keberatan melukis lakaran ini dengan lebih tepat iatu aku MALU dan kurang yakin akan tulisan ini kerana mereka yang sekeliling seolah memerhati aku.kenapa yea???
lantak la!! aku kan punk! haha! kata inilah yang selalu memberi aku motivasi untuk lebih yakin dalam sesuatu pekerjaan yang ingin dikerjakan.namun masihkah cetek akal mereka yang menilai akan definisi "punk" itu sendiri? terbaca akan blog seorang rakan yang mengajar disekolah menengah dikawasan ini.bertanya dia pada muridnya yang mem'fitnah' seniornya itu seorang budak punk.bila ditanya dia menjawab bahawa 'punk' itu busuk,x mandi.!
terus bermain ligat otakku mengenangkan masa-masa aku masih sempit akal akan menilai sesuatu.begitu jugalah aku bila ditanya tentang definisi "punk" itu padaku.namun tidak sekarang,aku lebih mencuba untuk mengenal akan perkataan yang amat buruk bagi kalian itu.namun yang indah aku temui.aku lantas pantas memintas otakku.ini semua terjadi kerana kita dikuasai oleh golongan yang mahu membantutkan dan memomokkan kita dengan segala jenis fitnah dan aturan yang mereka aturkan untuk membuat kita menjadi lemah minda.
kenapa? LU FIKIRLAH SENDIRI!! ahaha
mungkin pada masa akan datang dapat aku terangkan pada kalian harapnya. :)
namun yang mahu aku tekankan disini ialah dengan " kuasa minda ". mahu menguatkan minda agar tidak diracuni anasir-anasir jahat yang menghasut dan cuba menguasai kita untuk menjadi boneka mereka.baik kawan,sahabat,majikan,pekerja mahupun kekasih hati.kita tidak terlepas dari itu semua kerana 'everybody has a poison heart' bak kata RAMONES dalam liriknya.
hey!sudah kelewatan.maaf kerana singkatkan penyampaian.mudahan mampu disambung esoknya yea.doakanlah aku :)
maaf.aku perlu pergi.salam solidaritas!

1 comment:

FastRi said...

kowledge is a weapon. go dig it. anywhere, anytime. haha