Sunday, January 02, 2011

sedikit halangan ciptaan sendiri dengan ketentuanNya. :)


salam solidaritas buat sahabat..
macam biasa,perkataan aku amat membosankan namun bukan itu alasan bagi aku untuk tidak menulis didalam blog yang aku masih tidak faham sendiri ini.mungkin kerana faktor-faktor kondisi dan situasi hidup dan perjalanan hidup aku yang juga alpa membuatkan blog ini tidak diurus juga diri aku yang semakin terabai ini.
kerana mengejar dunia..sedikit terlupa akan akhirat..namun lebih banyak yang aku tinggalkan untuk duniawi yang lainnya selain yang dikejar..
oh yea..apa yang aku ingin bebelkan pada skrin putih dengan pelbagai opsyen ini?entah,aku sendiri masih bingung..buntu mencari objek dan subjek bagi penulisan dan lakaran abjad untuk papan pemuka ini..namun aku masih mencuba menulis dan kekal menulis sesuatu mengharap akan terbit sesuatu yang mampu aku jadikn bahan ulasan aku kali ni..hampa..dan aku masih lagi hampa...
nafsu untuk aku menulis kali ini tidak setinggi keinginan untuk aku berehat dari penat lelah,namun entah kenapa masih aku teruskan penulisan kosong tanpa apa-apa inf0 dan bahan ilmuan yang mungkin dapat membantu rakan-rakan sekalian menjalani hidup..
mungkin kerana inilah aku masih lagi buntu mencari objek dan subjek itu..kerana aku mengikat diri aku pada ikatan "menulis untuk ilmu" dan aku xmampu menulis seperti sahabat yang lain..mereka mampu menulis tentang kehidupan seharian mereka..mampu menceritakan kesedihan mereka..mampu untuk melakar senyuman mereka dengan abjad yang membuat yang membaca itu mampu tersenyum..hebatnya penulisan itu apabila mampu mempengaruhi mereka yang membaca untuk menghayati dan berada dalam situasi yang si polan itu tuliskan..
aku masih tak mampu..aku masih lagi mencari..



sudahnya aku mengambil jalan singkat,patahkan pedang ini..padamkan pelita jari..mungkin akanku catat sesuatu yang hanya terlintas sedetik tidak mengira masa dan ketika mana aku berada sebagai bahan untuk aku jadikan objek dan subjek yang masih aku nantikan saat ini..




maaf sahabat..mungkin dikemudian hari...
ku akan cuba lagi barangkali...
ku akan cuba lagi di lain hari...
okay..jumpa lagi barangkali...
okay..jumpa lagi di lain hari...

No comments: