Saturday, January 15, 2011

Aku Punk ( part 2 )

disini penceritaan lanjut dari aku sebagai gantian cerita yang tergantung dihujung kuku pada entri sebelumnya.
ok.! lewat ini aku selalu terfikir akan kekuatan minda yang rapuh ini.tentangnya..pernah kalian terfikir untuk menguasai minda kalian sendir.?mungkin pernah kan..?tapi,sejauh mana kita semua fikir akannya dan cuba untuk menguasainya?
sarat dengan soalan didalam kOtak aku buat perihal ini.sangat suka aku memikirkannya..seperti yang dilakarkan..jika minda kita lemah dan rapuh,sewenangnya kita akan dikuasai oleh anasir jahat ( terpulang pada diri sendiri ) untuk mengawal minda kita sedikit demi sedikit.
bagaimana yea ingin aku jelaskan apa yang ingin aku jelaskan disini.hmm
ok.! bayangkan anda seorang murid sekolah yang seikhlasnya mahu menuntut ilmu disekolah.setiap pagi anda bersiap dengan harapan mengumpul lebih banyak ilmu untuk menguatkan diri menempuh dunia yang penuh ujian dan rintangan yang sememangnya memerlukan kita untuk ada akan ilmu yang sarat.tapi bagaimana SEKIRANYA ilmu yang diajar disekolah dalam sistem yang telah dirancang dan bahan ilmu yang disusun oleh golongan yang mahu memperBODOHkan anda.?seperti contoh ; matapelajaran Sejarah (menurut buku teks KBSM) disekolah.Masih kalian ingat tentang sejarah penubuhan negara kita.?siapakah yang berjuang untuk kemerdekaan 'mutlak' kita.?
Tapi pernah kalian bayangkan betapa jelas kita dibodohi untuk mempercayai semua itu bulat-bulat agar kita senang menerima mereka dan memangkah palang dakwat diatas gambaran mereka dan meludah kencing disebelah sana yang berjuang untuk negara kita dan bukannya mereka.?
Disini kita telah ditipu dan dimomokkan untuk membenci rakan yang disebelah sana agar tidak ada yang mengetahui kebenaran yang mereka ini sebenanrnya pengkhianat bangsa dan negara.Namun mereka diangkat sebagai wira-wira yang akhirnya menjadi lagenda yang kita puja.Dan mereka yang berjuang murni untuk kedudukan kita adanya sekarang disebut sebagai pengkhianat.Komunis yang mahu menjajah ini.Pemberontak yang mahu menghapuskan negara ini.itulah yang digambarkan kepada kita.
Kenapa perlu mereka berbuat sedemikian yea.?Mengapa perlu mereka momokkan generasi pewaris negara ini untuk dibodohi dan dikuasai minda mereka.?Disnilah tugas kalian untuk mencari sebabnya (jikalau benar kalian mahukan kebenaran dan pengetahuan yang sedikit).
Jangan harap aku akan bentangkan segalanya untuk kalian.Bukan fitnah,namun diatas sebab yang mahu aku elakkan.terpaksa kalian bekerja sendiri untuk mengetahuinya.Walau dihati ini sangat mahu menceritakan segalanya kerana aku amat paham akan sifat manusia yang dimomokkan ini yang tidak mahu akan evolusi didalam dirinya dan hidupnya ini.Suka disuapkan dan tidak suka mencari untuk ilmu itu.Disinilah lemahnya minda kita.!Kita biarkan minda kita disuapkan dengan segala fitnah-fitnah itu.
Seperti yang aku lakukan sekarang,penerangan yang sedikit tentang kebenaran.,jika kalian masih mahu menjadi lembu bodoh yang hanya menurut kata orang lain untu dijadikan bekalan.Kalian akan kekal dungu.kalianlah lembu itu jika benar begitu aksi kalian..namun jika kalian mencari dan terus mencari kebenaran dalam hidup dan tidak membenarkan sesiapa (termasuk aku) membodohi kalian.Kalian akan terus bergerak dan maju kedepan dengan aksi kalian itu.Majunya akal itu pasti..maju didalam koloni mereka itu memerlukan pengorbanan prinsip dan amat perlu akan hipokrit.segalanya terpulang pada kalian.
Aku cuma mahukan sedikit perubahan berlaku pada minda kalian.Sedih hati ini mengenangkan sahabat aku yang masih dipukau dek golongan penyembah wang itu menguasai cara pemikiran sahabat aku semuanya.Aku terus cuba dan cuba untuk mengaktifkan minda aku dan sahabat sekeliling agar berubah dari terus dibodohi.
Minda yang milik kita telah bodohkan kita kerana kita tidak menguatkannya.Sangat teruk keadaan itu.aku pasti,!kerana aku pernah menjadi salah seorang daripada golongan yang bodoh itu..Nah.!sekarang giliran kalin pula untuk menentukan apa yang kalian mahukan.!Ayuh seh.!
Gerakkan segala sendi untu ini.! Selamat Berjaya yeah.! :)

No comments: