Monday, August 30, 2010

--------

masih awal pagi saat tangan ini gagah menaip abjad-abjad diaas papan kekunci ini.walaupun milikannya peribadi seluruhnya atas hak saudara lain.namun atas kerana toleransi sesama kami.dapat aku memanfaatkan "teknologi yahudi" ini bak kata saudara ku yang lainnya.

namun aku masih lagi mencari apa yang ingin aku tatapkan kepada rakan-rakan..
begitu lemah saraf otakku berfungsi..begitu kalut aku mencari dalam kelam..
masih mencari...situasi yang sama setiap kali aku memilih opsyen "catatan baru" diatas kanan pemuka blog milik 'aku gaban' ini.

saat noktah terakhir diatas aku tetapkan..terlintas aku untuk memadam semua yang aku mulakan untuk catatan ini..kerana apa ya??
oh ya!
kerana blog aku tidak langsung menjadi santapan mata kalian..
tika ini aku mencari salah dan silap aku dalam menulis catatan yang sebelumnya..
masih mencari..untuk aku catatkan sekarang..
hmmm...mungkin kerana teruknya penulisan ku??
hmmm...mungkin kerana 'kosongnya' penulisan ku??
aku tak tahu!

terdetik otak kiri mengisyaratkan hati dan naluri untuk berfikir sejenak..
adakah aku menulis disini untuk kalian??
adakah aku menulis disini untuk perhatian??
adakah aku menulis disini untuk publisetan??
TIDAK!

TIDAK!

TIDAK!

Aku menulis disini sebagai ingatan aku..
sebagai 'diari' otakku..
dan ada yang penulisanku adalah luahan ku dan penghargaanku buat insan yang bergelar kekasih buatku diatas dunia ini...
jadi..tidak perlu timbul kerunsingan ini.kebimbangan ini..
maaf..saat tadi aku bersifat mazmumah..
aku tergoda dengan publisetan yang duniawi ini...
ampun..maaf..sampai sini aku mampu menaip..
penulisan ini cuma sia-sia..
tapi ingin juga aku paparkan...
kerana ini adalah pemuka aku yang cuma untuk aku..
tapi tidak juga terlarang untuk kalian..
semoga aku masih mampu untuk belajar menyampai kan apa yang aku ingin sampaikan kepada kalian suatu hari nanti...
salam..

2 comments:

Pawi Husin said...

penulisan adalah satu jalan untuk luahan apa yang terbuku di hati dan untuk kasih sayang, walaupon kita tidak seindah penulisan kita, kita perlu menulis atas dasar kasih sayang pada umat manusia...
ramli sarip dan a.romzi berkata AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA, KERNA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN DAN MENYATAKAN KASIH SAYANG KU..

aku gaban said...

ahaha
ye gop op..hehe
tapi aku sendiri dop taw..adakah tulisan ini sampai kepada mereka yang ingin aku sampaikan..ahaha
nape ahu aku bolop[..hehe