Wednesday, March 06, 2013

dari diri

setidaknya aku cuba untuk belajar menjadi rasional
kalau asyik kau je yang betul,kau je yang hebat - bosanlah
dalam kau bersetuju dengan aku,kau masih mahu dilaksana dengan cara kau
sedang kau menggeleng sambil ketawa,ligat kau putar cerita semula
yang penting,kau mahu kebenaran kata aku diulas dengan cara kau
kau mahu kami jadi 'bertuah' sepertimana kau yang 'bertuah'
maaf kawan,aku tetap terima kebenaran kata-kata engkau walau bersulam prejudis
tapi maaf,aku terima kebenaran tapi tidak pula aku telan 'prejudis' itu
sekali lagi aku minta,fahamlah dunia ini milik yang Esa - Allah Maha Besar
kongsilah kebenaran atas nama kebenaran
bukan untuk kau hasut manusia untuk kekiri atau kanan
'siratul'mustaqim' itu jalan yang lurus - tidak kiri tidak juga kanan
kognitif bersama iman itu bagi aku kunci untuk aku mengenal tuhan
ampunkan aku,aku masih terlalu keras untuk kau lenturkan
maafkan aku,sebolehnya aku mahukan ego kita terhapus,kawan
dan ini nukilan dari hati kecewa aku atas saat ego yang kau berikan
sungguh aku kecewa dengan ego kau yang keterlaluan
aku cintakan kebenaran telus,bukan cuma sebaris kata pandangan
kebenaran yang telus - bukan bersulam prejudis pihak lawan
sekian

No comments: