Saturday, December 01, 2012

entah la Labu

Ahmad ; seorang yang...entah! yang aku tahu - dia suka berkhayal
hobi dia - mimpikan satu dataran luas dengan manusia semua saling berkasih sayang
selalu juga dia ceritakan kat aku angan-angan mat jenin dia tu
kadang-kadang aku pun hairan dengan dia - perangai dia,fikir akal dia
minggu lepas kali terakhir aku bersembang dengan dia - dengar cerita dia ; macam biasa lah!
dia dapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat pengeluar cat - kerja tetap.oke lah tu!
tapi dia tolak,padahal sudah terang sedikit masa depannya boleh dijamin keluar dari 'lokap' menganggur ni
apekebengapnyelah si Ahmad ni ; ini yang buat aku tak faham dengan dia
alasannya,dia tak mahu tinggalkan pekan yang dia duduk sekarang
katanya mahu berbakti pada tanah itu.dan masyarakat setempat - pekan dia tinggal sekarang
berbakti.kenapa? masyarakat ; penduduk kat situ bukannya nak kasi kau duit belanja pun!
nak berbakti untuk apa?diorang semua bukannya ambil peduli nasib sendiri
patutnya kau dah berada disana ; bekerja dalam bilik berhawa dingin.dengan seorang kawan lama - kawan sekolah dia yang juga orang yang berusaha untuk dapatkan dia jawatan itu
tapi Ahmad tetap Ahmad.keras kepala macam konkrit - simen lebih,betul-betul keras!
prinsip - sampai bila kau nak hidup dengan prinsip kau tu Ahmad?
prinsip kau buat kau lupa untuk suapkan nasi kemulut kau sendiri
dan kerana prinsip kau,awek kau tinggalkan kau - padan muka.boleh aku ngorat pulak! KahKahKah
tapi kau tak sedar.kau masih berangan,bermimpi ; kasih sayang kononnya.itu pun dibeli dengan duit lah! - ini dunia globalisasi,bukan dunia yang saling mengasihi.hakikatnya semuanya hanya pentingkan diri sendiri!
dah seminggu berlalu.hari ini,awek kau ; ops! bekas awek kau - kini dan jadi awek aku
dan hari ini kau masih berprinsip dengan kepercayaan kau - semoga kau berjaya dan bahagia
dan aku,cuba bayangkan bagaimana pengakhiran perjuangan kau -berjaya atau gagal? ; aku selalu doakan kau berjaya dunia akhirat
selamat malam/pagi
- 3.53am 1-12-2012

No comments: