Wednesday, November 07, 2012

ciap miap burung twitter

tingkat 6 pintu kanan ke enam selepas keluar lif
dibalkoni meja bulat secawan teh dan senaskah kitab agama
diluar sekawan burung terbang riang dan seekornya singgah didepanku
sambil memerhati skrin laptopku,dibandingkan logo laman twitter dengan dia
dia tahu.dan dia bertanya " apakah kau sangka aku tidak boleh berbicara "
aku terpinga.sekali lagi dia bertanya " apa kau anggap 'binatang' itu kejadian yang hina? "
bagaikan peluru revolver menembusi otak aku soalan dia menembak akal rasionalku
dia bertanya " adakah neraka akan dihuni oleh binatang atau manusia? "
dia berlalu.ciap miapnya tadi melontar beribu tahun persoalan yang tidak terjawab
dan aku.kembali menghirup teh,dah kurang panasnya.buku agama kembali dibelek
oh tidak lupa laptop aku.daftar keluar lebih memberi tumpuan penuh untuk aku
dan burung tadi terus terbang.kesyurga mungkin..terimakasih kerana melawat aku
terimakasih kerana tuhan masih memberi aku momen untuk mengajak akal bermuhasabah

2 comments:

Mia said...

kalau ada follow aku ! :D @damiaahda . heeee .

Unknown said...

insya allah.,next month aku follow..
fah start kerja.hiatus sebentar :D