Wednesday, September 12, 2012

sesetengah individu

pernah aku terfikir untuk menghafal dan mengenal seseorang yang hebat atau gah namanya dialtar seni.
tapi gagal.aku gagal untuk menghafal dan mengenal pasti nama juga identiti mereka yang ramai kecuali hanya beberapa orang yang sememangnya aku gemar akan hasil tangan nya.
dan lewat ini aku rasakan yang aku sangat mengecewakan bila aku hanya mampu menghafal sesetengah karya baru dan sebaris dua kata pujangga tapi gagal untuk menghafal dan mempatrikan nama penulis/penyanyi/pelukis karya itu yang namanya tidak pernah lebih dari dua puluh huruf alphabet (nama timangan kadang-kala pendek berbanding nama sebenar penghasil karya).
jadi dari itu,aku ciptakan satu alasan sebagai 'escapism' bagi aku lari dari perasaan 'bersalah' dengan diri sendiri ini.aku katakan yang mereka semua juga adalah manusia,yang aku kagumkan ialah hasil pemikiran mereka dan apa yang dicetuskan oleh mereka daripada tindakan dan pemikiran mereka yang membantu.
jadi,tidak menjadi kewajipan aku untuk mengenal pasti mereka dan mengagungkan nama mereka didalam akal yang berserabut ini.aku perlu jimatkan ruang memori akal untuk menyimpan seberapa banyak mungkin hasil karya mereka.
jadi kepada sahabat,maafkan daku kalau aku kurang bersuara untuk berbicara tentang soal individu.soal dan menyoal serta mengupas isu tentang sesetengah individu yang aku kurang arif.
tapi aku bersedia berbicara tentang permasalahan dan pendapat kalian mengenai sesetengah idea karya individu yang kebanyakan nya kita semua kenal.
aku dambakan satu masa dimeja bulat yang penuh dengan ilmu untuk dikongsi.dua tahun berlalu.
baca buku.dah beli mahal-mahal tak kan lah aku nak simpan je.jumpa lagi komrad.
*kesudahan yang bergantung.layyan lagu melly goeslow oke! :D

No comments: