Monday, May 02, 2011

Aku Punk (part 3)

Hey bos.! let's get started.! ;)


Sebelum menulis untuk entri ini,beberapa kali aku cuba untuk ini.Entah kenapa malam ini jugak aku terasa nak post kan entri ni untuk paparan kalian.nah,inilah dia.....

Aku masih mahu berbicara tentang 'punk' yang pernah aku catatkan dulu.namun isinya tidaklah se'punk' yang kalian anggap.Seperti dua entri yang lepas,entri ini juga masih tidak mampu jelaskan untuk kalian apakah itu 'punk'.Tapi inilah hakikatnya.Aku masih tidak dapat mencari apakah itu sebenarnya 'punk' walaupun aku mencuba.
Jika aku bertanya pada seorang yang tidak pernah tahu akan sub-culture/counter-culture movement atau 'scene' bawah tanah ini.Pastinya mereka mengambarkan 'punk' itu sebagai sampah,tak berguna,berpakaian koyak dan kotor.Yang lebih jelik ialah mereka selalunya menganggap 'punk' itu makan sampah.!


beginilah imej yang akan dibayangkan oleh mereka diatas jika ditanya tentang 'punk'.
Tidak dinafikan sememangnya ini adalah fesyen punk dan aku juga jatuh cinta akan 'punk' adalah kerana fesyen ini salah satunya.Cuma yang membuatkan aku mual dengan kalian diatas bila kalian mudah menghukum dan menghina mereka yang berpakaian selekeh begini.
 

"makan sampah.!"
"kotor.!xde agama.!"
 " penyembah setan.! "

ini yang selalu aku dengar dari mulut dan tulisan kalian.
tidakkah kalian terasa malu atau segan.?
Pernahkah kalian cuba untuk mengenal apa it 'punk' yang ada.?

Berehat dari itu.,mari kita selidik serba sedikit apa itu punk dan apa yang boleh kita gambarkan tentang punk.
klik disini untuk sedikit penjelasan.sudah baca dan kaji.?nah..! sudah kalian faham serba sedikit.?benarlah punk itu berpakaian koyak dan menunjukkan sifat agressif dan simbolik bagi perjuangan memberontak mereka.?jadi,?itulah imej bagi mereka yang ingin memberontak dalam 'punk' sebagai medium mereka..Masih banyak golongan yang digelar 'PUNK' diluar sana dan juga didalam negara yang kalian cintakan ini.Bukan cuma berpakaian koyak,berambut mohawk dan memakai kasut but barulah digelarkan PUNK..walhal seorang yang berjalan untuk menentang bagi satu yang betul juga layak untuk mendapat gelaran 'punk' walaupun dia sendiri idak mahukan helaran itu.Kerana mungkin dia menganggap gelaran itu satu penghinaan besar baginya..Yang penting adalah persepsi masing-masing tentang punk itu sendiri.

Dan jika ditanya padaku tentang definisi punk.Aku just boleh cakap yang punk itu adalah satu medium bagi aku untuk bermuzik dan belajar tentang kehidupan.Dalam medium punk inilah aku mengenal erti persahabatan.,percintaan.Dan dalam ini jugalah aku belajar untuk menghormati sesama lain.Pernah sekali aku ditertawakan bila ceritakan kepada rakan-rakan diluar dunia punk ini tentang apa yang aku enjoy dalam medium ini.Mereka seolah tidak percaya yang seorang doktor falsafah berkelulusan Ph.D juga ada yang digelar 'punk rock'. ( baca : klik sini )
Masihkah kalian menganggap 'punk' itu cuma picisan sampah yang memakan sampah.?ataupun sebagai penganut ajaran sesat.?
ayuh.! jangan begitu rakan.,buka minda dan mata kalian..perkataan empat huruf ini mungkin terlalu singkat ejaannya jika dihuraikan tentang isinya..terlalu banyak cabang didalam medium ini..selalunya bertambah/berkurang bergantung pada mereka yang menerimanya dalam kehidupan seharian mereka..
banyak idea-idea didalamnya yang dijadikan jalan perjuangan mereka.tidak cuma berpakaian koyak dan berkasut but.tapi aku tidak salahka kalian jika kalian masih begitu.,keliru.,kerana aku sendiri kadangnya terfikir dan keliru akan perkataan Punk ini.
Jika dijalan yang aku pilih dalam PUNK ini.,aku berada dalam golongan yang berbicara tentang perubahan.,bermuzik untuk mesej yang ingin disampaikan.,bergerak pada aksi menentang penindasan atau lebih dilabel sebagai yang 'berhaluan kiri'.Ada juga yang bercanggah dengan apa yang kami mahukan dalam medium 'punk' ini.Sebagai contoh.,punk memperjuangkan hak kesama-rataan dan membenci sifat diskriminasi perkauman atau Rasis.! Namun ada yang berpakaian koyak seolah gaya seorang Punk namun bersifat perkauman.Dan disini berlaku sedikit percanggahan pendapat dan fahaman.Ternyata sifat rasis/perkauman itu amatlah negatif dan mereka yang megadaptasikan fahaman itu dalam medium punk inilah yang membuatkan kalian sedikit cenderung kearah melihat 'punk' ini dalam konteks yang negatif..malang sekali..kalian tidak dapat menilai keindahan didalamnya....
Yang dapat aku nyatakan sekarang ialah semoga kalian tidak lagi mudah dipengaruhi oleh sesiapun dari kalangan kalian ( termasuk aku ) lagi dalam menilai sesuatu.Bukankah lebih baik jikanya kalian sendiri mengkaji dan mengenali sesuatu itu sebelum kalian meletakkan hukuman bagi itu..Pertamanya dalam Malaysia ialah media massa dan media cetak.Terlalu banyak korup yang aku lihat didalamnya.semoga kalian lebih bijak menilai dalam membuat keputusan selepas ini..Salam solidaritas sayang.!
-to be continued

No comments: