Saturday, April 30, 2011

sifar itu kosong

salam satu malaysial buddies.! :)

pe kabo oghang kampong.? sehat sejahtera semua harapnya. :)aku masih blur saat menekan papan kekunci tika ini untuk mengisi korang kosong keputihan ini.
kosong sekosongnya buah fikiran aku..lalu tersentak arus, mengalir deras beransur lambat..
teringat daku kisah "kosong" dalam kenangan manis juga pahit hidupku...

"ahmad.!bangun dan jawab soalan saya sekarang" bentak 'yang mulia'..
maka tersentaklah hati.,berdirilah pengsisi liang roma sebelum sempat otak aku menghidupkan suis temulang untuk kental berdiri menghadap 'yang mulia' serta soalan bakal dari 'baginda'..
maka bertitah 'yang mulia'..."ahmad,jawab soalan saya : angka 1 jika ditolak (-) angka 1 apakah angka yang menjadi jawapannya..??" kemudiannya sepantas cahaya mulut aku menjawab jawapan dengan seangkuhnya perilaku seorang cilik.sepantas bunyi otakku tanpa berfikir apa ja kemungkinan..
" jawapannye KOSONG cikgu..! "
" berapa.?? " tanya 'yang mulia' lagi..inginkan kepastian barangkali..
masih lagi jawapan yang sama..
" KOSONG cikgu..! "
kali ketiga nya si cikgu semakin keras bertanya..
" berapa..??!! "
kali nie aku lebih berwaspada dan berfikir sebelum menjawab
walaupun hukum tetap menyatakan jawapan bagi soalan itu ialah KOSONG.!

tapi kerana kali ketiga ini riak yang bertanya itu jelasnya amarah.!
membuat aku sedikit gusar..namun tetap kekal dengan jawapan sebelumnya itu..
terdetik hatiku mungkin cikgu tu cuma mahu menguji hati aku..
ahh.!aku tak peduli..!
" KOSONG.!! " 
jawab aku sedikit kasar kali ini.
tidak semena dilontar kapur putih (kapur zaman sekolah) kearah aku.
agak terkesima.KENAPA.???
kemudian dihalau keluar kelas..dilarang memasuki kelas beliau lagi selepas itu..
tersangatlah kasihan akan si 'ahmad ' nie..
ketika melangkah keluar dari kelas tu..terdengar si cikgu mengulangi apa yang diajar sebelum insiden bersoal jawab sebentar tadi..
"dalam matematik takkan ade lisan menyebut KOSONG.!ia disebut SIFAR.!! paham.?? "
agak tersentak hatiku..agak sedih..
tapi ape nak buat..dah nasib kena halau..Kah kah Kah.! :)




p/s : ape beza kosong dengan sifar eh.??
jawab matematik bukannye care lisan
pon kan.?? angka 0 tetap 0..hahaha

No comments: