Sunday, May 18, 2014

sebenarnya Dia

tuanku, sebenarnya -
yang ada itu tiada
yang nyata itu palsu
yang tiada itu hantu

dan dia adalah cinta,
dia sebenarnya jiwa
jiwa yang selalu bercinta
yang selalu mencintai cinta

tuanku, sebenarnya -
jiwa itu adalah nyata
walaupun dia hanya cereka
dan kata-katanya adalah cinta

kerana dia adalah jiwa hamba yang hilang
kerana dia adalah jiwa manusia yang tidak dikenang

3 comments:

damia ahda said...

Dan adakah sebenarnya, Johny itu masa lalumu?

Ahmad Addle said...
This comment has been removed by the author.
damia ahda said...
This comment has been removed by the author.