Saturday, November 12, 2011

Pertama

Salam solidaritas buat komrad-komrad dan terumatanya yang bersama menghadiri #occupyDungun yang lokasinya ialah ditaman reakreasi (tak tahu nama tempat) yang juga berhadapan Padang Zink Merah atau dikenali sebagai Dataran Merdeka Dungun semalam.Dan untuk pertama kali ini,kami berkongsi giliran membaca zine #duduki untuk menerangkan serba lanjut tentang Occupy Movement ini.Dalam itu kami juga berkongsi idea dan pengetahuan untuk lebih menjelaskan matlamat dan maksud kaedah yang dipraktiskan semalam.
Jutaan penghargaan aku ucapkan buat komrad komrad yang sudi hadir semalam bagi sama-sama berbuat sesuatu untuk perubahan demi kondisi yang positif dan lebih baik.
*walaupun pertama kali digerakkan.,dan ia diatur agak lewat ; 6pm rancang,10pm launch!  :)
Aku harap kaedah ini mampu menarik minat mereka yang masih kabur(termasuk aku sendiri sehinggalah semalam) tentang #OccupyMovement ini.Nyata kaedah ini bagi aku boleh dicuba dan dipraktiskan oleh semua untuk mencapai satu solusi bagi tiap permasalahan dan usul yang wajar dibincangkan walhal untuk membuat kuih lapis sekalipun. :))
Harap jugak kaedah (#Occupy) ini mampu merubah kita untuk lebih bersifat terbuka dalam memberi cadangan dan memberi respon.Baik ianya diusul oleh sesiapa sahaja,tanpa prejudis kita menerima usul itu untuk dibincangkan.
Dan harap jugak tiada lagi diskriminasi dalam pemikiran yang bercanggah.
Biar kau merah dan dia putih sekalipun aku hitam.Itu bukan alasan untuk menidakkan kaedah Occupy ini kerana inilah salah satu caranya kita saling bertukar pendapat.,berdiskusi.,dan mencari solusi bagi setiap yang isu/idea yang masih buntu atau masih tidak kalian bentangkan untuk didiskusikan.
Harap akan ada perubahan positif unuk semua!Yok komrade! :)

*untuk sesiapa yang masih buntu akan Occupy ini.bolehlah memuat turun zine yang menerangkan serba lanjut tentang Occupy Movement < DISINI >
















*credit to Alip fer tha pixchurs. =)

No comments: