Saturday, October 29, 2011

aku menipu penipu yang menipu

tadi diingatkan tok guru akan 'iman'
serentak berbisik hati ke otak yang dihuninya akal
berbicara dengan jantung sehingga bagai terhenti berdegup
itulah 'iman'...
hanya diucap akan namanya bisa meluluhkan segala
melenturkan besi..
tapi apakah itu iman..
bagi aku iman ialah jalan bertemu tuhan..
iman bagi aku ialah jawapan bagi semua persoalan didunia ini..
iman ialah percaya..percaya bulat bulat..
bodoh bukan?
maknanya 'beriman' itu adalah percaya bulat bulat tanpa menyoalkannya..
mungkin inilah sebab sukarnya seorang atheis untuk beriman akan kewujudan tuhan..
akal yang surealistik inginkan inferens dan hipotesis bagi segala yang terzahir..
'alam ghaib' itu tahyul!
TAPI
diharamkan bagi kalian (muslimin) untuk tidak beriman.!
diharamkan kalian untuk menyoal akan 'iman'.!
kerana apa.?
jangan diikutkan sang atheis yang berdalilkan fakta didepan mata..
disini aku ingin berkongsi sedikit helah bagi menghadapi akal sang atheis..
mungkin juga persoalan yang terkadang wujud jauh didasar hati ; bisikan syaitan lakhnatullah!
begini..pertamanya mereka yang inginkan bukti kewujudan tuhan..
pasti kalian disoal itu jika berbicara dengan sang atheis..
jawapan aku ialah ' mati '
ya! mati ialah satu nya cara untuk membuktikan kewujudan Maha Esa.
pasti akan ketawalah sang atheis dengan jawapan aku..
- pasti benar kerana aku pernah berhadapan situasi ini.! -
inferens aku selepas hipotesis dibuat ialah
- selogik mana akal sang atheis pasti akan membenarkan satu fakta ini iatu "semua bernyawa pasti mati"
jadi.,mengapa mesti mati??
jika tiada tuhan,apakah satunya yang tidak akan mati?
itu janji TUHAN!
semua yang diberiNya nyawa pasti akan ada ajal..
Nah.! satu mata untuk kalian dan sifar bagi sang atheis..

- selepas itu harapnya bertambah yakin aku dan kalian akan kewujudan Pencipta alam semesta ini..
jadi.,apakah yang asasnya bagi kalian (muslimin) untuk menjadi seorang muslim yang terasnya kukuh?
pertama.,~wajibun'alaikum~ ( wajib keatas kamu) untuk memenuhi rukun islam yang 5..
ambil yang pertama.,solat 5 waktu ( sehari.,dan dikerjakan setiap hari ).
kemudian sang atheis itu bersuara sinis " kau solat,sujud,berdoa..tapi dimana tuhan kau?"
jawab aku mudah.."iman"!
yes boss! iman lah jawapannya..
seperti diceritakan.,iman itu ialah percaya bulat bulat..
tapi percaya yang dimaksudkan ialah percaya dengan percayanya adalah percaya paling tinggi dan paling kuat   dalam hati kamu!
pertama dalam Rukun Iman ialah ; PERCAYA KEPADA TUHAN.
jadi..kalian wajib ( laa budda = tidak dapat tidak ) percaya akan tuhan yakni ALLAH ;tuhan sekalian alam.
pastinya sang atheis itu terus soalkan mengapa harus percaya kepada yang tidak terlihat...
inferens aku tadi aku huraikan..
jika dia ( sang atheis ) dapat menafikan "mati itu pasti" aku akan berganjak dan mengundur diri.
tapi jika dia gagal menafikan janji tuhan itu.,dia tidak dapat tidak haruslah percaya akan kekuasaan Yang Maha Mengetahui..
kerana selepas mati.,kita akan hidup dialam barzakh ; alam ghaib. ( wajib juga kita percaya akan alam ghaib tapi bukan tunduk kepada mereka dialam ghaib ; jin,syaitan,hantu..dan sebagainya)
jadi.,adakah selepas mati itu sang atheis itu tetap akan berfikiran sama?
setidaknya kita 'beriman' akan itu dan kita sudah mempersiapkan diri iatu beramal dan mengerjakan setiap rukun dalam ugama juga tuntutan ugama kita.
siapkanlah diri untuk menempuh alam barzakh.
jadi.,sang atheis akan berdalil lagi mungkin.?
kali ini soalkan dia (sang atheis) akan ini..
dimana dia selepas mati.?
apa jawapannya.?
apakah fikiran bebasnya yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan akan diteruskan selepas mati.?
atau hanya terhenti didunia ini sahaja?
setidaknya kita telah membuat "pelaburan" selama hayat kita untuk ugama kita.
dan keuntungannya mungkin dapat kita tebus dialam barzakh nanti.
untung atau rugi semua bergantung pada statistik 'amal dan jihad' kalian..
jadi..,bodohkah kalian untuk percaya bulat bulat akan Tuhan ( baca ; rujuk Rukun Iman yang pertama )
sudah tentu TIDAK!
karena itu adalah pelaburan kalian.
itulah 'iman'!
konsepnya sama seperti sang manusia yang 'beriman' kepada sang manusia dalam dunia cinta sebelum diijabkabulkan..
pasti akan dilakukan semua untuk pasangannya untuk menempuh alam perkahwinan pula..
sudah nampak maksud yang aku ingin sampaikan.?
kita manusia jika beriman kepada Allah pasti akan mengerjakan kewajipan kita untuk menempuh alam selepas mati..
tidak mustahil untuk kemedan perang untuk memerangi penindas muslimin..demi agama tercinta..
seperti sang perkasa sanggup bertumbuk demi pertahankan sang perawan tercinta..
jadi berimanlah kalian!
berimanlah pada sesuatu yang kalian yakinkan..
bukan percaya bulat bulat seperti yang dituduh sang atheis kepada kita..
buktikan kepada mereka! kita beriman bukan percaya bulat bulat tanpa usul..
fahami apa itu ;iman' dan biarkan mereka faham akan konsep iman itu sendiri..
insya'allah.
sekian.
cintailah mereka walaupun musuh kita menentang.
perangi mereka dengan kasih sayang.
pulangkan setiap tuduhan,kata maki musuh dengan kata cinta kita..


p/s : entri ini akan dihapuskan selepas beberapa ketika.harap yang sudi membacanya sudi juga memaafkan aku jika ada tersalah silap dalam entri ini yang tidak disengajakan.sekadar ingin berkongsi pendapat.

No comments: