Thursday, July 23, 2015

sunset dengan tetek

hari ke-lima - Pantai Murni, Yan, Kedah

dah puas bersembang dengan pak anjang dan pakngah, kami dapa tahu yang dekat Pantai Murni dekat Yan boleh dapat sunset yang torbaikk. so ape lagi, selaku pengejar sunset yang poseur, kami pun bergegas kemas bag dan barang kami terus gerak ke Yan.

dan untuk rekod, kami juga adalah pemuda yang sopan dan beradab lagi soleh. jadi bila aku cakap bergegas kemas barang dan terus blah tu maksudnya hati kami melonjak kegirangan dan tak sabar nak pergi dapatkan momen sunset dekat sana.ofkos la kami bersalaman dan tak henti mengucapkan terimakasih sekaligus mohon dihalalkan segala makan minum selama tiga hari kami menumpang rumah makngah. itu semua aku mesti buat, baru cun reputasi aku depan mata makngah sekeluarga. bakal menantu pilihan!

tapi plan 'bergegas' aku tadi agak kacau dengan trick licik pak anjang. dia selaku orang tua, aku terlalu memandang rendah dengan senyum manis dia. korang cuba bayangkan, dah keluar dari rumah makngah siap dengan beg dan drama soleh aku around pukul 1.30. lepas zohor la ofkos. then kami ke rumah pak anjang sebelah rumah makngah dengan taktik sama - beradab, sopan dan soleh. tak ku sangka, tak ku duga yang pak anjang akan mengheret drama aku tu jadi movie 3 hours length! dia punya sedih, roll rokok daun, kopi secawan dan cerita sejarah kedah. itu semua kelemahan aku yang dia eksploitasikan supaya dapat delay-kan pemergian kami. haiihhh

dah lepas dari trick pak anjang, kami terus ke kereta dengan jasad yang melangkah berat. hati kami takde lah berat sangat nak blah. muka sedih pun kami buat-buat je, nasib baik diorang percaya. buktinya, pak anjang nak menangis kot. haha

okay, now sambung cerita pasal sunset dekat Pantai Murni tadi. sampai je dekat sana, kami agak konfius. dari cerita pak anjang pantai sini ramai orang yang menghargai momen sunset setiap hari dan ramai muda mudi bercanda. so otak kami dengan cerdas nya memikirkan suasana berpesta dengan awek baju ketat jeans sendat. muka cantik tayang tetek. kami hampa. ternyata kami hanya dapat sunset yang indah dan tak ada lagi pemandangan yang lebih indah dari itu selama ini dan pemandangan bonus yang pak anjang janjikan - awek sendat tak dapat kami raih. rugi!


No comments: