Thursday, July 23, 2015

kopek

hari ke-lima - Kampung Tebengau

harini tak banyak aktiviti. bangun tidur pun dah pukul 11 pagi, buat malu je. dah potong point nak jadi menantu makngah Pipie. hurmm

nasib baik orang melayu kita ni kaya dengan adab, so takde lah kami bangun kelaparan. sebab dah ready makanan atas meja makan tu untuk kami. fyi, Joe pun bangun sebab aku kejutkan dia. fak ah! haha

lepas sarapan, kami lepak depan rumah makngah Pipie. sangat heaven! i mean, bendang sawah terbentang dengan secawan kopi. tu belum kira rokok daun tembakau kedah, dan buah 'kriangdot' lagi. tambah pulak, pakcik makcik si Pipie semuanya ramah dan pandai melawak. dalam lawak ada pengajaran.

pelajaran aku untuk haritu ialah 'kopek'. baru aku tahu yang 'kopek' dalam otak orang Kedah ialah satu kantung untuk simpan duit. selama ni, aku dan hampir seluruh rakyat Terengganu kalau sebut 'kopek' mesti terbayangkan tetek. besar atau kecik itu terpulang pada posesi seseorang Terengganu itu tadi. kalau aku, Maria Ozawa. ;)






No comments: