Thursday, July 02, 2015

hari ke-empat

hari ke-empat - Kedah

hari ini kami (aku dan Joe) bangun lewat, pukul 10 pagi baru celik mata ternganga nak pegi mandi. mana tak nya anak dara makngah Pipie tu ada. kami selaku jejaka baik lagi maskulin seharusnya bangun awal pagi. bukan tidur sampai ke waktu ni.

papepun, hidup mesti diteruskan! kami mesti berjuang untuk ke bilik mandi dengan menyelinap terbongkok-bongkok lalu depan diorang semua yang tengah syok layan tv. masa aku lalu tu aku yakin seyakinnya yang diorang semua mesti terpikat dengan kesopanan dan tatasusila aku. lagi pula muka aku yang terserlah hensem dan macho. korang pernah dengar pepatah "wajah sebenar seorang itu kita akan tahu masa dia bangun tidur". ;)

lepas sarapan kami terus ke bendang sawah PakNgah, kononnya nak tolong dia membaja. Nasib sempat aku galas penyembur baja tu then ambil gambar dua keping. boleh buat bukti aku membaja. so korang yang tak percaya aku membaja tu, aku boleh kasi gambar tu sebagai bukti! lagi kukuh dari mulut Joe yang duk cerita dekat orang kampung aku malas membaja. huh!

Lepas asar kami pusing Alor Setar - lepak menara Alor Setar. Jangan tak tahu aku selfie dalam lif masa tu. hehe apa kau ingat orang zuhud macam aku tak pandai selfie?

Solat maghrib kami dekat Masjid Zahir - Pipie cakap masjid ni banyak sejarah, tapi dia pun tak tahu sejarah apa(?). fakk ah. aku dah cakap Pipie tu bukan betul, mabuk duaempat/tujuh.
tapi agak tenang jugak masjid tu walaupun agak ramai jemaah yang rata-nya macam orang luar, bukan orang setempat macam kami.
yang paling ketara ada dua orang tu syiah, Pipie cakap orang Iran aku cakap orang belah 'sana' tapi bukan Iran. Bertekak jugak lah sejam aku dengan Pipie sambil Joe dengar buat lagak alim taknak join perdebatan kami. Tapi macam biasa, aku hero cerita ni so aku lah menang perdebatan kali ini dan perdebatan seteresnya selepas ni. kalau korang tak suka aku menang tiap kali, korang boleh baca yang Pipie atau Joe tulis dekat tempat lain okay.
berbalik pada dua orang tadi, yang sorang tu solat pakai short pants atas aras lutut, yang sorang lagi pakaian tutup aurat. yang sama nya kedua-dua mereka ada satu keping plastik yang diorang guna untuk buat sujud. ha, sangat syiah kann? tapi tak semestinya semua syiah tu Iran. korang jangan bangang macam Pipie okayy.

untuk sehari ini Pipie menunjukkan bangang dan bingai dia sepanjang hari dari pagi ke malam. Joe plak lebih banyak diam dan kurang menggunakan bakat bangang bengong dia kecuali sekali, lepas kami solat jama' tadi. kejadian betul-betul masa lalu depan 'stargate' yang aku ingat. dia (Joe) dengan zalim dan tak berhati perutnya dia mengucapkan ayat -
"sekurangnya aku yang hodoh gemuk buncit botak bangang ni ada tunang..."
dengan nada sekata, tanpa ada unsur berperasaan. tak gembira, tak sindir tak gurau.
itulah perkataan yang keluar dari mulut Joe untuk malam itu, sekaligus buatkan ia jadi kata-kata terakhir kami semua. *aku dan Pipie senyap sampai ke rumah.
terimakasih Joe!

No comments: