Tuesday, June 30, 2015

hari pertama

hari pertama, tak rasa macam mimpi. Trip hampir tak jadi, so mood pun tak "macam mimpi".

Aku bekalkan tiga helai baju dijodohkan dengan tiga jeans lusuh. satu darinya jenama Levi's.

Untuk isi masa kosong aku bawa dua buku, satu cerita Dalai Lama,seorang kafir yang cool habis! dan satu lagi pun buku kafir tajuk dia "Aku Kafir, kau siapa?(jangan jawab)". bawa dua je risau tak habis baca,tak hadam, tak khatam. nanti membazir. itu perangai iblis.
Ouh ya,bawa juga sedikit kanabis - buat pemanis.ganti kismis.

Tak banyak yang special, cuma lepak kedai kopi sembang agama, ism-skism, dan tak lupa selit illuminati. agenda busuk yahudi. mungkin korang dah lali - yelaa, isu lapuk mana nak rangsang berahi. kann. tapi kami masih memerhati, dalam lalai si yahudi masih mengatur strategi.

ahh! cerita dah basi. okay nak kongsi cerita pasal tempat tidur kami. dekat Jeli.kesian si bapak seorang tu, pukul 4 pagi anak kecil dia mintak main polis entri. yang lain ada yang tidur dalam kereta, dalam surau, atas kerusi rehat pun ada. aku pula konon ulat buku, cuba habiskan sepuluh mukasurat buku Dalai Lama. sampai subuh, dua orang punker dan islamis tu bangun. solat nafsi-nafsi dan bertolak naik bukit Gerik.

No comments: