Thursday, November 15, 2012

mari berdiskusi - " Persepsi "

aku ada satu cara dalam berimaginasi disini ; maksud aku blog ini
yang maksud aku,jarang sekali aku menulis yang cerita berkisar "aku" secara terus
tapi untuk entri ini aku tulis secara telus dari hati dengan cara terusnya
berkenaan apa yang ak fikir/rasa ; pendapat aku tentang hal ini - PERSEPSI
ok.bagi aku setiap orang ada persepsi sendiri dalam menilai sesuatu dalam hidupnya
dan selalunya persepsi itu tidak selalunya bersifat 'statik' atau lebih tepat ; ia selalu berubah
mengikut masa dan visual optikal (pandangan mata) ataupun audio (cerita yang didengar)
justeru akan ; paling tidak sedikit, akan merubah persepsi kita akan satu-satu benda/orang itu
tapi most of semua persepsi kita (fokus pada SATU objek) ;yang maksud aku sering berubah dari semasa,
persepsi pertama kita terhadap 'objek' itu akan selalu ada dan adakalanya ia akan mempengaruhi sebarang justifikasi susulan ; respon akal untuk merubah persepsi yang terdahulu dengan yang baharu, perhaps maybe selepas kita mengalami satu-satu momen yang melibatkan 'objek' itu sendiri.

baik,sebagai contoh kita ambil seorang kawan - katakan namanya Ahmad, dan Ahmad ini adalah seorang kawan baru kita.hari pertama kita nampak dia (visual secara optikalnya ; mata untuk melihat) dan ketika itu dia menolong seorang awam yang ingin melintas jalan.Pada hemat kita,pasti tanggapan ; persepsi pertama
kita pada Ahmad ialah dia seorang baik.(at least ; boleh harap).bagus dapat kawan macam dia **perhaps!

but few days later,kita lepaking kedai mamak then Ahmad lalu dengan motor cabuk nya membonceng seorang gadis (tak pasti lawa ke tidak).Kita that time tengah wondering siapa perempuan tu ; padahal dengki tak pernah bawak awek naik motor dengan aku.HAHA - lepas seberapa seconds pulak,kawan kita start gosip yang subjeknya ialah Ahmad (yang baik dan bawak awek naik motor cabuk tadi).
Ada yang cakap dia (ahmad) tu seorang 'playboy'.Dah ramai awek dia tukar-tukar macam salin baju.
That time aku berani cakap yang akal kita selepas menDENGAR itu ini akan sesuatu - subjek kita sekarang ialah Ahmad - pasti kita akan terlintas momen pertama kita dengan subjek itu.maksud aku ; persepsi pertama kita dengan Ahmad tadi. - Ahmad baik.

Then lepas dengar cerita yang kurang baik pulak,kita akan pertikaikan semula dan akan hubungkaitkan cerita yang didengar dan apa yang dilihat (** ini tindakan seorang yang waras akal.jenis hasad dengki terkecuali)
untuk menilai dan mencipta satu hipotesis untuk kita 'save' dalam memori akal kita akan subjek itu - Ahmad.

so,boleh korang jawab apa yang akan korang fikir.?
is it persepsi korang yang pertama itu masih kekal atau mungkin akan berubah sedikit dari asalnya.?
ok.itu korang jawab sendiri..begitulah seterusnya akan berlaku.faham maksud aku.?
minda kita di set kan dengan sebahagian nya dipengaruhi oleh emosi - perasaan.
mungkin kitaran ini akan terus berulang sehinggalah subjek itu 'mati'.
walau bagaimanapun,aku harap kita boleh berfikiran optimis dalam menilai dan meletakkan sebarang tanggapan akan satu-satu objek.
dan oleh kerana sebahagian besar justifikasi akal kita (manusia) lebih suka menurut pada perintah hati(perasaan/emosi), suka aku katakan yang kita akan lebih bahagia dan tenang ; setidaknya sedikit lebih lega seandainya kita lebihkan rasa cinta dan kasih sayang dalam seluruh hati kita..
and trust me, kita takkan pernah rugi untuk membaja rasa sayang dalam hari dan membenih sikap optimis pada akal.
semoga kita terus bercinta yea! :)

**maaf entri celaru.aku kurang pandai dalam berkomunikasi (dalam bentuk ; dialek/manuskrip) secara terus.
kalau ada yang kurang jelas,boleh lah tinggak sebarang komen..Bi'iznillah ; aku akan cuba jelaskan sebarang yang kurang jelas.TQ :)

No comments: