Friday, September 09, 2011

menghukum kerana kau penghukum

ruangan uji minda :
 Cari Perbezaan antara dua gambar diatas.
*sekadar untuk menguji minda..
SELAMAT BERJAYA



2008..kepulangan aku ke Dungun selepas hampir 3tahun aku ditempat orang mencari pengalaman..
kepulangan itu disambut seorang teman baru..salah seorang pemikir yang petah berkata..
aku dikenalkan akannya akan satu pergerakan yang sekarang pasti semuanya kenal akannya..
FREEMASIN!

Aku seperti rata-rata yang lain agak terkejut dan sedikit takut rasa hati untuk tahu akan cerita pergerakan itu..
tapi lewat tahun 2010 aku terfikir kembali bila sekeliling aku petah berbicara akan pergerakan itu..
aku tertanya pada diri sendiri kenapa cerita 'basi' bagiku itu amatlah 'segar' dimata mereka walhal sudah aku hidang kan sebagai santapan minda mereka??
entahlah...hm

tapi yang lebih aku hairankan ialah bila aku teringat akan satu pergerakan yang hampir serupa dengan pergerakan FREEMASIN iatu satu pergerakan yang wujudnya dinegara Malaysia ini..
dengan 'visi & misi' yang sama dengan freemasin itu.,pergerakan ini juga mempunyai logo dan namanya sendiri.

Mereka disebut sebagai PEKUDA.
pernah kalian dengar akan nama itu??
aku yakin jawapan kalian "pernah"! bukan.?
Kalian tahu bukan tentang mereka.?
Bagai mana pula dengan Freemasonry.?
Jadi.,dimana beza antara kedua mereka.?
Aku masih tercari akan itu...
Jadi teringat akan patah suara seorang ahli fikir Socrates.
"i cannot teach anybody anything, i can only make them thinking"

ayuh berfikir.! ;)
*jangan kerana mereka itu berlainan dan tidak selari dengan jalan kita,kita terus menghukum mereka..
bukankah I itu mengajar kita bermaafan.?
mengajar kita untuk menbenci kemungkaran.?
jadi mengapa mesti kita berbuat mungkar keatas kemungkaran.?
mereka cuma melakukan yang diajar "tuhan" mereka..
sama jua mereka yang lagi satu itu..
semua tergantung dan bergantung pada keimanan mereka pada tuhan masing-masing..

jadi....siapa tuhan kalian.?
apa yang kalian buat untuk tuhan kalian.?
itu yang patut kalian takutkan..
bukan terus menghukum dan menyalahkan sesiapa..
dan jika ditegur pasti melenting..
bijak pula berkata dalil terhebat kalian yakni "kubur masing-masing"
jadi.??

sudahlah hai kawan..ayuh berubah untuk diri.,saudara.,sahabat dan agama kita.
sudahlah menghina dan mengkaji sekadar untuk dibualkan dikedai kopi..
kalian dan kalian jua mereka dan tidak lupa AKU.!
kita semua sama :)
kita manusia..
tidak ada yang lepas dari khilaf..
tidak terlepas dari jalan yang bersimpang..
penawar bagi semua adalah CINTA dan kerana racun paling berbisa ialah BENCI...
rawat penyakit EGO kita dengan CINTA..ayuh!


selamatharirayamaafzahirdanbatinsemogadimaafkan:)

2 comments:

FastRi said...

aku brahi hok ning. nok ambik hok ning ah masuk dlm drsa.

aku gaban said...

sempat lagi ke.?
boleh aje..sekadar untuk difikir bersama...